semalam berkesempatan menonton rancangan Halaqah sebentar.. saya rase episod tersebut adalah ulangan tp saya je yg baru nak tgk kan.. ketinggalan betul.. hehe. but anyway, better late than never right.. ape yg penting i got some points from there.. tajuk episod tu "Mati hidup semula".. berkenaan bagaimana pelakon Catriana Ross menghadapi detik2 maut ketika kemalangan & bagaimana die berubah ke arah yg lebih baik selepas kemalangan tersebut..
beberapa points yg benar2 bermakna buat saya ialah:
1) ketika die kemalangan dan merasakan ajal sudah tiba, doa yg dipohon adalah supaya ALLAH tidak mengambil nyawanya dlm keadaan begitu kerana die belum meminta ampun pada kedua ibu bapanya
2) ketika mendapat rawatan di hospital, pakar bedah mengatakan bahawa peratus dia untuk pulih sepenuhnya adalah tipis.. dia tidak boleh berjalan seperti biasa.. selepas mendengar kata2 doktor tersebut, dia beralih kepada yg lagi SATU.. setiap hari dia hanya berdoa kepada ALLAH untuk kembalikan dia seperti sediakala.. dia hanya berserah kepada ALLAH.. dan akhirnya ALLAH makbulkan doanya..
sbg seorg anak sudah tentu kita mahukan keredhaan dr kedua ibu bapa kita.. oleh itu, tidak perlu menunggu hari raya untuk meminta ampun dan maaf dr mereka kerana kite tidak tahu bila ajal kite akan sampai.. kerana kematian itu adalah satu kepastian.. dan segala yg berlaku adalah dr kehendak ALLAH.. maka dengan itu kita perlu balik kepada yg asas iaitu kepada pencipta kita, ALLAH swt..
No comments:
Post a Comment